Sunday, December 6, 2009

achtzehn

terkadang, ada perkara dalam hidup kita yang kita perlu pilih antara dua.. dan berdasarkan sebab-sebab tertentu yang memandu kehidupan kita pada waktu itu, kita akan memilih one of the choices over the other. terkadang, pemilihan itu bukanlah perkara yang besar..namun terkadang, pemilihan yang kita buat tu menuntut kita mengorbankan sesuatu yang lain, yang juga besar.

aku juga pernah melaluinya, dan hanya kini baru impak mengorbankan perkara yang lagi satu itu kelihatan. Persoalannya sekarang, adakah aku mahu menyesal atas keputusan yang aku buat dahulu, ataukah aku menerimanya seadanya, kerna memang aku korbankan ia pada ketika itu atas sebab yang lebih utama.

menjadi pelajar tajaan Petronas, aku pasti tidak semewah orang lain. Tambah lagi dengan pengurusan kewanganku yang hampeh, pasti aku lebih-lebih lagi miskin dari sesama ahli Petronas sendiri yang lebih bijak dalam mengurus kewangan. Sejak di tahun pertama, aku sudah ada option untuk bekerja ketika musim panas. Tambah lagi, hasil bekerja di australia amatlah lumayan.

Namun, sejak tahun pertama, aku sudah digalakkan untuk tidak stay over for summer, instead aku disuruh pulang ke Malaysia. Kakak-kakak, pada waktu itu, menggunakan alasan cuaca yang terlalu panas dan ketandusan manusia Malaysia di Australia pada waktu itu. Slowly, aku mula faham bahawa ada perkara tersirat disebaliknya. Mereka mahu aku ikuti program-program summer, yang pastinya penting untuk perjalanan tarbiyyah. Aku gembira sahaja. aku tidak menyesal pulang ke Malaysia.

masuk tahun kedua, bagaikan telah terpatri dalam sanubariku bahwa aku tidak boleh kerja pada hujung tahun. Kerana masaku diperlukan untuk dakwah, dan juga untuk tarbiyyah diriku sendiri. Kalau aku bekerja, aku akan ada banyak kekangan untuk menghadiri program. Tapi bila aku free, tenaga aku bisa digunakan khas untuk kerja-kerja dakwah. dan aku juga bisa menghadiri semua program tarbiyyah. Semua.

Terkadang aku tertanya juga tentang orang-orang yang bekerja, apakah mereka tidak berpemikiran sama macam aku? hurm..

Masuk tahun ketiga, aku masih lagi tidak berminat untuk kerja. Bukan tidak minat langsung, adalah perasaan bahawa aku perlu bekerja untuk dapatkan duit. Tapi, andai aku bekerja, maka siapa nak uruskan kerja-kerja di Clayton? [gaya macamla ada kerja sangat kan~..hey, ada tu! hanya kamu yang kelapangan la yang akan tahu kerana hanya kamulah yang akan dicari]. Maka aku korbankan lagi niat untuk bekerja, biar kerja ku untuk mendapatkan gaji akhirat.

Namun, kini, bila dah nak balik Malaysia, ramai bertanya, apakah benar aku tiada wang simpanan? Takkanlah takde sedikit pun. Secara jujur terang dan nyatanya, aku tiada! Dah memang duit tu diperlukan, maka pastilah akan digunakan.

Namun, persoalan bertubi-tubi, terkadang dari orang-orang yang punyai impak besar terhadap diri kita, sedikit sebanyak memberi kesan kepadaku. Tidak dapat aku nafikan. Hingga terdetik dalam fikiranku, apakah salah kakak-kakak terdahulu yang menghalang aku bekerja yang menyebabkan aku tiada wang simpanan? Kalaulah mereka tak halang aku, tentu aku ada duit simpanan. Mereka tidak fikirkah bahawa aku perlukan duit simpanan? Dan sebagainya.. [kerja syaitan ni..]

Membuatkan aku termenung sebentar. Benarkah sebegitu? But at the end of the day, siapa yang buat keputusan? Bukankah aku sendiri yang decide how I wanted to lead my life? So, ia kembali kepada, why did I choose to turut in the first place? Tak lain, tak bukan..kerana aku sendiri memilih untuk ditarbiyyah. Kerna aku sendiri memilih untuk berdakwah. Maka adakah aku menyesali pilihan ku itu?... Tidak! tidak sama sekali! sekalipun kepulangan ku nanti tidak membawa wang saku yang banyak, aku tidak menyesal! Kerna aku sahaja yang tahu, dan Allah, kenapa aku decide untuk tidak kerja ketika cuti musim panas.

Dan tiada siapa boleh menggoyahkan pendirianku ini, dengan izin Allah.

Allah ingatkan juga, bukankah segala rezki dari Dia? Maka apa yang patut aku risaukan? Apa yang patut aku kesali? Siapa jamin kalau aku kerja maka duit aku akan lagi banyak? Bukankah Allah akan memberikan kepada kita sebanyak mana rezeki yang telah dia tetapkan untuk kita? Kalau ye rezeki itu milik aku, kerja atau tidak, duit tu pasti akan jatuh juga dalam tangan aku. Dan kalau bukan, kerjalah seteruk mana pun, ia masih tidak akan jadi milik aku. Maka apa lagi yang mahu aku kesalkan?

Dan terlintas juga ayat 1000 dinar. Barangsiapa bertaqwa kepada Allah maka pasti dia akan memberikan ku rezki dan menunjukkan kepadaku jalan keluar dari arah yang tidak disangka-sangka. Maka apa yang mahu aku kesalkan?

Tidak.. aku tidak menyesal. Ini keputusan yang aku ambil, dan seperti yang ternyata di atas adalah sebabnya. Moga Allah mengganjari.

Datangnya familyku untuk graduation nanti, alhamdulillah, abang dan ayahku bekalkan wangnya. Pulangnya aku ke Malaysia nanti, alhamdulillah, ayah telah memberikan green light untuk aku meminta wang belanja darinya. Bak kata cikgu ku, siapa lagi nak habiskan duit ibu n ayahku kalau bukan aku? -merujuk kepada sikapku yang jarang meminta dari ibu dan ayahku.

Aku tidak menafikan, bahawa kita perlu merancang untuk masa hadapan. Dan pastinya itu sebab kenapa ramai je yang bekerja. Supaya mereka ada duit untuk meneruskan dakwah dan tarbiyyah mereka di Malaysia nanti. Tapi tidak berkerja nya aku pun bersebab. Maka tolong jangan persoalkan.

Rezki ku untuk masa depanku, biarlah Allah yang menguruskan.

Aku mahu jadi seperti Abu Bakr, yang menyerahkan seluruh hartanya kepada jalan Allah, dan nabi pun menerima sumbangan itu kerana nabi yakin, Abu Bakr dan keluarganya mampu menghadapi consequence dari memberikan SELURUH harta itu.

Aku tidak mencari harta kerana Allah. Maka aku akan hadapi consequence dari ketidakmencarian harta ini dengan sebaiknya. Hanya kernaNya.
insya-Allah.