Sunday, December 6, 2009

achtzehn

terkadang, ada perkara dalam hidup kita yang kita perlu pilih antara dua.. dan berdasarkan sebab-sebab tertentu yang memandu kehidupan kita pada waktu itu, kita akan memilih one of the choices over the other. terkadang, pemilihan itu bukanlah perkara yang besar..namun terkadang, pemilihan yang kita buat tu menuntut kita mengorbankan sesuatu yang lain, yang juga besar.

aku juga pernah melaluinya, dan hanya kini baru impak mengorbankan perkara yang lagi satu itu kelihatan. Persoalannya sekarang, adakah aku mahu menyesal atas keputusan yang aku buat dahulu, ataukah aku menerimanya seadanya, kerna memang aku korbankan ia pada ketika itu atas sebab yang lebih utama.

menjadi pelajar tajaan Petronas, aku pasti tidak semewah orang lain. Tambah lagi dengan pengurusan kewanganku yang hampeh, pasti aku lebih-lebih lagi miskin dari sesama ahli Petronas sendiri yang lebih bijak dalam mengurus kewangan. Sejak di tahun pertama, aku sudah ada option untuk bekerja ketika musim panas. Tambah lagi, hasil bekerja di australia amatlah lumayan.

Namun, sejak tahun pertama, aku sudah digalakkan untuk tidak stay over for summer, instead aku disuruh pulang ke Malaysia. Kakak-kakak, pada waktu itu, menggunakan alasan cuaca yang terlalu panas dan ketandusan manusia Malaysia di Australia pada waktu itu. Slowly, aku mula faham bahawa ada perkara tersirat disebaliknya. Mereka mahu aku ikuti program-program summer, yang pastinya penting untuk perjalanan tarbiyyah. Aku gembira sahaja. aku tidak menyesal pulang ke Malaysia.

masuk tahun kedua, bagaikan telah terpatri dalam sanubariku bahwa aku tidak boleh kerja pada hujung tahun. Kerana masaku diperlukan untuk dakwah, dan juga untuk tarbiyyah diriku sendiri. Kalau aku bekerja, aku akan ada banyak kekangan untuk menghadiri program. Tapi bila aku free, tenaga aku bisa digunakan khas untuk kerja-kerja dakwah. dan aku juga bisa menghadiri semua program tarbiyyah. Semua.

Terkadang aku tertanya juga tentang orang-orang yang bekerja, apakah mereka tidak berpemikiran sama macam aku? hurm..

Masuk tahun ketiga, aku masih lagi tidak berminat untuk kerja. Bukan tidak minat langsung, adalah perasaan bahawa aku perlu bekerja untuk dapatkan duit. Tapi, andai aku bekerja, maka siapa nak uruskan kerja-kerja di Clayton? [gaya macamla ada kerja sangat kan~..hey, ada tu! hanya kamu yang kelapangan la yang akan tahu kerana hanya kamulah yang akan dicari]. Maka aku korbankan lagi niat untuk bekerja, biar kerja ku untuk mendapatkan gaji akhirat.

Namun, kini, bila dah nak balik Malaysia, ramai bertanya, apakah benar aku tiada wang simpanan? Takkanlah takde sedikit pun. Secara jujur terang dan nyatanya, aku tiada! Dah memang duit tu diperlukan, maka pastilah akan digunakan.

Namun, persoalan bertubi-tubi, terkadang dari orang-orang yang punyai impak besar terhadap diri kita, sedikit sebanyak memberi kesan kepadaku. Tidak dapat aku nafikan. Hingga terdetik dalam fikiranku, apakah salah kakak-kakak terdahulu yang menghalang aku bekerja yang menyebabkan aku tiada wang simpanan? Kalaulah mereka tak halang aku, tentu aku ada duit simpanan. Mereka tidak fikirkah bahawa aku perlukan duit simpanan? Dan sebagainya.. [kerja syaitan ni..]

Membuatkan aku termenung sebentar. Benarkah sebegitu? But at the end of the day, siapa yang buat keputusan? Bukankah aku sendiri yang decide how I wanted to lead my life? So, ia kembali kepada, why did I choose to turut in the first place? Tak lain, tak bukan..kerana aku sendiri memilih untuk ditarbiyyah. Kerna aku sendiri memilih untuk berdakwah. Maka adakah aku menyesali pilihan ku itu?... Tidak! tidak sama sekali! sekalipun kepulangan ku nanti tidak membawa wang saku yang banyak, aku tidak menyesal! Kerna aku sahaja yang tahu, dan Allah, kenapa aku decide untuk tidak kerja ketika cuti musim panas.

Dan tiada siapa boleh menggoyahkan pendirianku ini, dengan izin Allah.

Allah ingatkan juga, bukankah segala rezki dari Dia? Maka apa yang patut aku risaukan? Apa yang patut aku kesali? Siapa jamin kalau aku kerja maka duit aku akan lagi banyak? Bukankah Allah akan memberikan kepada kita sebanyak mana rezeki yang telah dia tetapkan untuk kita? Kalau ye rezeki itu milik aku, kerja atau tidak, duit tu pasti akan jatuh juga dalam tangan aku. Dan kalau bukan, kerjalah seteruk mana pun, ia masih tidak akan jadi milik aku. Maka apa lagi yang mahu aku kesalkan?

Dan terlintas juga ayat 1000 dinar. Barangsiapa bertaqwa kepada Allah maka pasti dia akan memberikan ku rezki dan menunjukkan kepadaku jalan keluar dari arah yang tidak disangka-sangka. Maka apa yang mahu aku kesalkan?

Tidak.. aku tidak menyesal. Ini keputusan yang aku ambil, dan seperti yang ternyata di atas adalah sebabnya. Moga Allah mengganjari.

Datangnya familyku untuk graduation nanti, alhamdulillah, abang dan ayahku bekalkan wangnya. Pulangnya aku ke Malaysia nanti, alhamdulillah, ayah telah memberikan green light untuk aku meminta wang belanja darinya. Bak kata cikgu ku, siapa lagi nak habiskan duit ibu n ayahku kalau bukan aku? -merujuk kepada sikapku yang jarang meminta dari ibu dan ayahku.

Aku tidak menafikan, bahawa kita perlu merancang untuk masa hadapan. Dan pastinya itu sebab kenapa ramai je yang bekerja. Supaya mereka ada duit untuk meneruskan dakwah dan tarbiyyah mereka di Malaysia nanti. Tapi tidak berkerja nya aku pun bersebab. Maka tolong jangan persoalkan.

Rezki ku untuk masa depanku, biarlah Allah yang menguruskan.

Aku mahu jadi seperti Abu Bakr, yang menyerahkan seluruh hartanya kepada jalan Allah, dan nabi pun menerima sumbangan itu kerana nabi yakin, Abu Bakr dan keluarganya mampu menghadapi consequence dari memberikan SELURUH harta itu.

Aku tidak mencari harta kerana Allah. Maka aku akan hadapi consequence dari ketidakmencarian harta ini dengan sebaiknya. Hanya kernaNya.
insya-Allah.

Friday, November 13, 2009

siebzehn

i guess the time has come.. for me to start thinking about some stuffs seriously.


sambil menunggu pintu dewan exam dibuka tadi, di balcony tingkat 3 Newhavens Room, aku membisikkan pertolongan kepada Allah. Aku memohon, agar selepas tamatnya urusan akdemik aku ini, moga Allah thabatkan aku atas jalan ini. Aku memohon Allah pegang aku sekuat-kuatnya, agar aku takkan mampu lari ke lorong jahiliah. Aku memohon, agar Allah kuatkan aku untuk berlawan dengan godaan syaitan dan nafsu durjana. Aku memohon agar Allah jauhkan aku dari dosa-dosa, yang menyebabkan aku tertinggal jauh ke belakang..sedangkan andai aku jauh dari dosa2 itu, pasti aku bisa melonjakkan diri lebih jauh ke depan.

aku memohon dengan sangat...moga masaku kini, aku gunakan sebaiknya. Kerna andai ia terbuang, aku juga yang rugi. Dan seandainya aku menggunakan ia sebaiknya, aku pasti akan menjadi individu yang sangat hebat, di mata Allah dan masyarakat. Insya-Allah!

dan setelah habisnya exam terakhir sebagai undergraduate (insya-Allah), secara automatiknya, aku mula memikirkan masa depanku dengan lebih serious. Bagaimana agaknya nasibku di Malaysia kelak? Bagaimana dengan tarbiyyah aku? Bagaimana dengan amal dakwah aku? Bagaimana juga dengan kerjaya aku? Di ceruk manakah telah Allah tetapkan sumber rezki ku?
Waa....bisa pening memikirkan semua ini!

Terasa, alangkah bestnya andai tahu ketetapan Allah atas diriku, agar aku lebih tahu arah tuju aku lepas ni. But I guess, if that's the case..maka hilanglah nikmat hidup di dunia ini. Hilanglah nikmat berusaha sehabis baik untuk mencapai sesuatu. Hilanglah nikmat mujahadah.. humm..

Moga aku makin teguh atas jalan ini. Moga aku lebih matang dalam hidup ini.

Waaa..sudah terasa cabaran hidup orang dewasa!!! = (

Wednesday, November 4, 2009

sechzehn

Alhamdulillah... semakin mendaki menuju puncak. I've found myself yang pergi merayau ntah kemana hari tu.

Allah sentiasa ada bersama, membawa ku pulang ke pangkal jalan. Alhamdulillah.

Tempoh hari, telah tamat tempoh mujahadah 40 hari meninggalkan sau jahiliyah ni yang sudah lama menghantui diriku. Alhamdulillah..amat tenang sekarang.

Dalam tempoh hari-hari terakhir, aku sudah mula memikirkan apa jahiliah seterusnya yang ingin aku mujahadahkan. Bukan sebab tiada jahiliyah dah untuk ditinggalkan. Tapi terlalu banyak, hinggakan tidak tahu mana yang patut diutamakan.

Tapi, bila berakhirnya 40 hari yang pertama, aku bernekad, ada 2 perkara yang amat-amat perlu untuk aku mujahadahkan. Dan neither one boleh ditunda ke-sayonara-jahiliyah-an nya. Maka aku sekalikan dua perkara ini dalam kiraan 40 hari aku yang kini. Semoga Allah kurniakan kekuatan kepadaku. Kerna tekad ini wujud atas dasar yakinnya aku pada kalamNya, dan untuk buktikan cintaku kepada Rasulullah.

Ingatkan aku pernah berkata pada post sebelum ini bahawa aku rasa bersalah mengatakan cinta kepada Rasulullah sedangkan perbuatan tidak membuktikan sebegitu?

Maka kini, aku mahu membuktikannya.

Kamu, kamu sedang mujahadah tak? Ayuh, naiki bahtera mujahadah ini bersamaku. Mari kita meraih cintaNya!

Monday, October 26, 2009

fünfzehn

Maka benarlah kata Allah, Hanya dengan mengingati Allah hatikan menjadi tenang.

Semalam agak tertekan. Tiba-tiba saja rasa begitu. Mungkin sebab lighting bilik yang sedang tak betul sekarang. Atau mungkin sahaja kerna aku sudah terlebih lalai, maka Allah tarik ketenangan tu dari jiwaku agar aku ingat untuk kembali merintih hanya kepadaNya.

Walaupun rasa malu, kerana buat kesekian kalinya mengabaikan Dia, yang tanpa penat jemu melipahkan rezekiNya kepadaKu..namun, aku meyakini bahawa Allah Maha Pengampun dan amat suka andai hambaNya kembali kepadaNya walau dengan membawa dosa sebesar gunung. Kerna Rahmat Dia jauh lebih agung.

Dan alhamdulillah.. Allah kuniakan lagi ketenangan, sekalipun pengembalian aku kepadaNya belum secara total.

Ighfirly Ya Allah..

Meski ku rapuh dalam langkah,
Kadang tak setia kepadaMu,
namun cinta dalam jiwa hanyalah padaMu..
Maafkanlah bila hati tak sempurna mencintaiMu,
dalam dada ku harap hanya diriMu yang bertakhta..

sungguh.

vierzehn

rasa macam dah hilang diri..mana dia pergi hah?

=(

bila rasa senang, dengan suka hatinya menjauhkan diri dari sang pencipta.
bila rasa resah, baru terkedek-kedek mencari Dia kembali.. apakah?


Rasa missing..
Allah, hold me tight. Don't ever let go of me..
For if You do, maka aku hanya menempah kebinasaan buat diriku sendiri..

Allah, kurniakanku hidayah Mu.

Jangan jadikan aku seperti mereka yang mendengar tapi pekak. melihat tapi buta.
Hati ini... mould it, shape it, tame it..agar ia tunduk hanya kepadaMu,.. dan agar ia tumpu hanya kepadaMu semata.

Allah, khusyukkan ku dalam solatku. Kerna aku perlukan kekuatan dariMu.

Allah, diri ini milikMu semata. Sedarkanlah aku akan hakikat ini. Jangan jadikanku orang yang lupa diri.

Friday, October 23, 2009

dreizehn

Bahaya juga ye bila terasa seperti tak diganggu syaitan.. dalam tak sedar sebenarnya banyak je gangguan syaitan.

Terbaca hari ni dalam sebuah buku, kisah seorang sahabat ke tabi'in ntah.. Time tu dia dah nazak. tiba2 dia duk kata, 'belum lagi..belum lagi'.. Bila orang bertanya kenapa dia berkata sebegitu, katanya syaitan sedang mengatakan kepadanya: bagus nya kau, tak pernah berjaya diganggu oleh syaitan selama kau hidup. Dan hamba Allah ni berkata belum lagi..belum lagi.. sebab selagi mana dia belum mati, maka dia belum tentu terselamat daripada bisikan syaitan. Malah, bisikan itu sendiri adalah dari syaitan yang mahukannya bangga dengan amalan diri sendiri.

Nah, betapa mantapnya keimanan orang ini, sehingga ke saat-saat akhir pun, dia amat berwaspada dengan segala gangguan syaitan.
Aku?

Terlupa pula akan hakikat bahawa syaitan manakah pernah biarkan kita bahagia dalam redha illahi. Ku sangkakan dia sedang berehat sebentar. Duh!!

Akhir-akhir ni, sering kekenyangan. Alhamdulillah, Allah kurniakan rezeki. Tapi, semoga kekenyangan ini tak melalaikan aku. Salah satu pintu masuk syaitan adalah dari perut yang kenyang. Ighfirly ya Allah..~

Aku tak nak meminta kesusahan. Tapi, aku mahu rasa dekat kepada Allah.
Aku mahukan kebahagiaan dan kesenangan hati. Tapi aku manusia biasa. Yang akan menjadi lalai dengan kebahagiaan. How?

Kena terus mendidik diri..

Terkadang rasa malu dengan Allah.. memohon kepada Allah, tapi perbuatan tak seiring dengan permintaan. Aku katakan aku sayang kepada Rasulullah. Tapi aku tidak melakukan antara perkara-perkara utama yang baginda pesan khas supaya kita perhatikan.
Ala.... camana ni?

Bukan aku taknak... tapi macam tiada kemampuan.. Hati ni. besarnya pengaruh dia dalam menentukan tindak tanduk aku. Teruk sangat ke??
Dikatakan bila kita buat kemungkaran, syaitan sedang mengalir dalam pembuluh darah kita.
Allah, aku berlindung kepadaMu dari syaitan yang direjam.

Aku tahu itu yang Kau suruh. Aku tahu.. aku mengaku aku tahu..
tapi aku tidak berdaya Ya Allah.. melainkan Kau kurniakan kekuatan itu kepadaku.
Kenapa tawar benar hatiku ini Ya Allah??
Saksikanlah, bahawa ya, aku rasa bersalah di atas perbuatan ku ini. Tapi...

alaa....

=(

Allah...fahamkan aku, serta izinkan ku untuk mengamalkannya.

Susah la!!!!!!!!!

Thursday, October 22, 2009

zwölf

Untuk malam semalam, terima kasih Ya Allah..
Setelah sebulan kut..
Alhamdulillah, kau masih mengizinkan..alhamdulillah.

Baru tersedar, betapa bermaknanya lagu You and I See. Waktu first2 didedicatekan lagu ni, rasa sangat pelik. Sebab sangat obvious orang melayu nyanyi lagu orang putih. If you know what I mean. Tapi, bila dah boleh terima, dapat focus kepada lirik dia.. sweetnyer~.. jazakillah ukhti atas dedicationmu. I will listen to this everytime I feel down. Or maybe, I can just give you a call? hehe~

Juga sangat attach dengan lagu Maher Zain: Insya-Allah. Melodi yang indah, lirik yang bermakna.

Masa itu hak Allah. Ada masa, masa tu berlalu dengan begitu pantas. Tak sempat kita nak berbuat banyak perkara. Tapi ada masa, masa itu tersangat lama..sehinggakan kita dapat berbuat pelbagai perkara dalam tempoh yang sekejap. Maka benarlah, Allah yang memberkati masa itu.
Allah, berkatilah masa ku selalu..Moga sisa-sisa hidupku dihabiskan dengan perkara-perkara yang Dikau redhai.

Sangat suka...bilamana dapat berbuat kebaikan dengan mudah. Mujahadah terasa amat mudah tanpa diganggu bisikan syaitan maupun rasa malas. Mujahadahkah kalau begitu? Tak kisahla..tapi amat suka begini. Sangat suka.. sangat...

Allah..malam ni?
Izinkanlah.


Presenting to you: Insya-Allah

Every time you feel like you cannot go on
You feel so lost and that you're so alone
All you see is night and darkness all around
You feel so helpless you can't see which way to go
Don't despair and never lose hope
Coz Allah is always by your side

Insya-Allah..insya-Allah..insya-Allah..you'll find your way
Insya-Allah..insya-Allah..insya-Allah..you'll find your way

Every time you commit one more mistake
You feel you can't repent and that it's way too late
Your so confuse, wrong decision you have made
(...) and your heart is full of shame
Don't despair and never lose hope
Coz Allah is always by your side

Insya-Allah..insya-Allah..insya-Allah..you'll find your way
Insya-Allah..insya-Allah..insya-Allah..you'll find your way

Turn to Allah, He's never far away
Put your trust in Him, raise your hands and pray
Oh Allah, guide my steps, don't let me go astray
You're the only one who can show me the way

Insya-Allah..insya-Allah..insya-Allah..we'll find our way
Insya-Allah..insya-Allah..insya-Allah..we'll find our way

Wednesday, October 21, 2009

elf

one thing leads to another..
hurm..

ighfirly ya Allah..

Allah, kurniakan ku secebis keinsafan sebagai bekal sepanjang perjalanan kehidupanku ini..

Tebuslah segala kesalahan dengan kebaikan. Moga Allah menerima taubat..moga..

Bila graf turun, tingkatkan kembali! Nanti graf tak lawa..

Tak mahu menjadi keldai itu. Tak mahu... =(

Untuk concentration study hari ni, Alhamdulillah Ya Allah. Izinkan esok juga begini.

Tapi, izinkanlah esok lebih baik dari hari ni.

Dan tidakkan ku berputus asa dari rahmatMu. Walau aku tiada nilai sekalipun di hadapanMu.

Allah, Kau tuhanku, dan aku hambaMu. selama-lamanya..

Tuesday, October 20, 2009

zehn

Jazakumullah kepada semua sahabat yang telah membantu menyuntik kata-kata semangat saat diri tengah berperang dengan bisikan syaitan. Mujahadah ini, untuk kalian jua.

Semalam tidur di rumah sahaba2t karib yang sudah lama aku tidak ketemu. Alhamdulillah, walau hanya untuk satu malam, Allah izinkan aku untuk mengutip semangat dari mujahadah mereka. Jazakumullah ya ukhti2 habibati.

'peperangan' itu, hanya untuk beberapa jam. Andai tabah melaluinya, after that, walla.. macam takde pape yang terjadi. Given that you reach the end of it. Tapi andai tertewas di pertengahan, sampai bila-bila pun masalah itu takkan selesai, dan ia akan terus berulang dan berulang. Kerna ujian keatas dirimu takkan diupgrade selagi mana kamu tidak berjaya melepasi your current level.

Bukan nak kata syaitan dah terus lari. Na mungkin! Ya, aku sedar, bisikan syaitan itu masih ada.. sekali sekali ia cuba menyelit. Dalam cara yang amat halus. Moga Allah terus tunjukkan jalanNya kepadaku. Agar aku langsung tidak mendekati asbab2 yang akan bawa aku lebih jauh terjerumus ke dalam kemaksiatan serta kemurkaan Allah.

Dalam kuliah selasa hari ini, penceramah bercakap tentang impian. Yang mana, andai impian kita teguh dalam diri kita, maka kita akan berjuang sehabis baik demi memastikan impian kita terlaksana.
Lantas aku teringat, impian aku untuk membuka rumah anak yatim. For some reason, semangat itu sudah tidak sekobar dahulu..namun nyalaan nya masih ada, insya-Allah. Moga2 satu hari nanti ia akan kembali marak.

Kerna aku lihat pada anak2 yatim itu ada peluang. Peluang yang amat cerah untuk membina generasi harapan. Generasi harapan yang akan mengubah keadaan masyarakat kita yang amat jahil ini kepada sebuah masyarakat yang mulia kerna Islam yang ada pada diri mereka. Tapi, ini hanya seandainya AKU yang membimbing mereka. Dan bukannya MEREKA, yang tidak kenal erti perjuangan kehidupan ini.

Allah, realisasikanlah impian ku ini..ameen.

Sunday, October 18, 2009

neun

di saat-saat akhir ni, terasa bisikan syaitan semakin kuat..
dari hari tu, teramat perlahan..
ni, semakin menghampiri penghujung, ia sudah semakin galak!
Galak mengingatkan aku kepada memori lalu
Galak menyuruh aku kembali melakukan jahiliah yang sedang aku mujahadah untuk tinggalkan.
Waaa..kuatnya bisikan ni!!

Kalau awal-awal mujahadah dulu, aku masih boleh maafkan diriku andai aku masih melakukannya.
Kerna aku belum betul-betul melepaskannya dan sedang belajar untuk hidup tanpanya.
Tapi bilamana aku telah meninggalkan, tolongla sangat sangat wahai diriku jangan kau kembali melakukannya lagi!!!

Tidak rasa kah dikau penjagaan Allah terhadapmu?
Tidak perasankah dikau Allah masih menyayangimu?
Tidak takutkah dikau andai ini peluang terakhir dari Allah?
Tidak serikkah dikau hidup bersama hati yang gundah gelana??

=(
=(
=(

Terkadang terasa macam..ntahla.. aku pun tak tahu apa yang hati aku mahukan.
Apakah tidak cukup konkritkah alasan mengapa aku tinggalkan jahiliah ni dulu?

Tidak! Aku perlu teguh dengan keyakinanku.
Allah kata pabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakallah!
Allah, aku sedang berusaha.
Allah, perkenankan doaku andai itu yang terbaik buatku.
Allah, jauhkan aku dari jahiliah ini.
Allah, peliharalah aku dari bisikan syaitan.

Dan hari tu, aku sendiri berkata, salah satu adab berdoa adalah kita tidak boleh merasakan bahawa Allah lambat perkenankan permintaan kita.
Allah, peliharalah aku dari tanggapan sebegini.
Yakinkanlah aku bahawa Kau sedang merangcang tiap saat hidupku agar aku beroleh kebahagiaan di akhirnya kelak! Kebahagiaan sepertimana yang Kau mahukan.

Allah, kuatkan hatiku yang semakin rapuh ini..
Allah..
Allah..
Allah..i need you..
=(

Thursday, October 15, 2009

acht

Rasanya dalam tak sedar, syaitan sedang slowly-slowly mengganggu ketenteraman hati aku. Sungguh licik dia ni.. Ish! Nyah kau dari hatiku!

Bila memikirkan tentang perjalanan hidup di muka bumi ni, rasa amat menarik sebenarnya..cara Allah mentarbiyyah diri kita..cara Allah aturkan perjalanan hidup kita.. segala suprise yang Allah bekalkan untuk kita setiap hari.. subhanallah..

Tadi terfikir tentang nabi Muhammad saw. Tentu sekali dia seorang pemuda yang amat hebat ye? Kerna dia manusia biasa seperti kita. Manusia biasa yang pasti membutuhkan tidur yang panjang, keseronokan, melayan nafsu, makan dengan puas dan macam-macam lagi..sama seperti segala keinginan yang kita sendiri inginkan dalam kehidupan seharian kita. Namun baginda, begitu kuat sekali fokusnya terhadap tujuan hidupnya..baginda begitu kuat sekali dalam melawan syaitan dan nafsu..baginda begitu kuat sekali dalam mengorbankan segala keinginan duniawinya..
Padahal dia manusia biasa sahaja! Sama seperti kita!
Hebatnya baginda.. Selayaknya mendapat tempat yang paling mulia sekali di sisi Allah!
Oh, rinduku padanya..

Aku ingin selalu sedar akan tujuan hidupku di muka bumi ini dan tidak lalai dengan nikmat dunia yang sementara.
Aku ingin menjadi orang yang kuat dalam mengorbankan keseronokan duniawi demi keseronokan akhirat yang kekal abadi.
Aku ingin bertemu nabi Muhammad di akhirat kelak..insan teragung sepanjang zaman.
Allah, izinkanku..

Wednesday, October 14, 2009

sieben

Untuk ketenangan hati sepanjang hari ini..alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..

Ia mengingatkanku akan saat-saat ketika mana hatiku tidak tenteram.
And the saying goes, dosa itu adalah apa-apa yang syak pada jiwa dan tidak tenteram pada hati.
Memang benar, for months, I was committing a sin, which thus mengakibatkan hatiku amat tak tenang. Sentiasa gundah gelana, resah gelisah..

I wonder what took me so long to realise that and repent..

but anyway, Alhamdulillah I have. Biiznillah. And may it last forever.. Sekarang dah hari ke 24/40. Ada lagi 16 hari lagi..chaiyoklah diri untuk terus mujahadah!!

I'm aware, macam-macam bisa terjadi dalam 16 hari ini. Untuk itu, aku memohon perlindungan dari Allah dari bisikan dan godaan syaitan yang direjam..
I've done it once, I'm gonna do this again! Sayonara jahiliyah!!

Kembali kepada ketenangan hati.. i guess, I wouldn't be able to really appreciate it if it wasn't because of the sins yang menggundah gelanakan hatiku selama ini. Not that I'm happy with the sin. Na'uzubillah.. Sangat-sangat berdoa moga tidak lagi melakukan dosa yang sama. Mohon sangat sangat pada Allah agar dijauhkan. Tapi, alhamdulillah, ia menyebabkan aku lebih menghargai ketenangan jiwa yang dirasai kini..

Tuhan, aku mahu hatiku sentiasa begini..
Tapi aku tahu ia mustahil. Again, kerana kesusahan itulah yang membawa aku lebih dekat padaMu.

Aku tak tahu apa yang perlu aku pinta..kerna aku tak tahu apa yang baik dan apa yang buruk bagiku. Tapi aku mohon, biarlah Allah kurniakan segala yang terbaik bagiku.. dan andai yang terbaik bagiku itu adalah satu ujian atau musibah, moga Allah kurniakan aku kekuatan untuk melaluinya, dan tiada pernah berputus asa dari rahmatnya.

Allah is who you think He is. Seriously!

And oh Allah, hanya Kau sumber rezeki. Apa yang aku peroleh, atau diperoleh oleh mana-mana hambaMu, adalah dariMu jua. Andai telah kau tetapkan ada bahagian untukku, pasti aku akan menerimanya. Dan andai kau telah tetapkan ia bukan milikku, tiada apa yang dapat menjadikannya yang sebaliknya.

Tuhan, jadikan aku hambaMu yang sentiasa mensyukuri segala rezeki yang Kau kurniakan kepadaku. Dan jangan pernah Kau jadikan aku hambaMu yang berputus asa dari rahmatMu. Dan izinkanlah aku untuk hanya bergantung harap kepadaMu semata. semata.

I know that You are trying to teach me something from this. Maka Ya Allah, lapangkan hatiku agar aku bisa memahami messageMu itu.

Allah, I love You.

Tuesday, October 13, 2009

sechs

It was the way he approached it.

Kerna dia kata, it's about tanggungjawab kita kepada Allah yang belum tertunai. Dan ia perlu ditunaikan sebelum kita mati.

Dan tanggungjawab itu adalah untuk menegakkan islam di muka bumi. Untuk menghalang kemaksiatan bermaharajalela. Untuk menyeru manusia ke arah kebaikan. Dan selagi mana tugasan ini belum selesai, selagi itu kita perlu terus berjuang.

Dan atas sebab ini, atas sebab tanggungjawab aku kepada ummatku, atas sebab tanggungjawabku ke atas bangsaku..aku perlu tetap teguh dalam dakwah. Aku perlu tetap teguh dalam pentarbiyyahan diri.

Kerna dia kata, if you want something, go for it! If you really want islam, prove it! Prove it to Allah, and He will give it to you.

Dan ini yang ingin ku hadam. Bahawa sesungguhnya aku punya tugasan penting yang perlu diselesaikan sebelum aku mati. Iaitu untuk membawa ummatku ke arah kebaikan. Dan tiadalah kebaikan itu melainkan dengan islam. Andai aku..walau aku seorang pun..futur, maka it will disturb the whole system. It will disturb the whole 7 steps towards ustaziatul alam. It will disturb the whole system of mereka yang masih ingin menyalakan obor kebenaran dalam umat ini.

Allah telah menghantar aku ke Australia untuk mendapatkan bekalan secukupnya, agar aku dapat kembali dan selamatkan bangsaku! Seandainya kepulanganku tiada kesan walau secebis kepada bangsaku kelak, maka alangkah ruginya 3 tahun aku berada di sini.

Aku perlu faham perkara ini. Aku perlu hadam perkara ini. Aku perlu ingat perkara ini selalu. Umatku memerlukanku! Mereka sedang menderita! Mereka sedang sengsara! Mereka sedang memanggil-manggil aku untuk menyelamatkan mereka..

Akan aku kembali, wahai ummatku. Akan aku kembali untuk menyelamatkan kalian. Dan ini janjiku.

Tuhan, kekalkan aku di jalan ini. Izinkan aku untuk merubah masyarakatku ke arah kebaikan.

Tuhan, ingatkan aku selalu akan janjiku ini. Dan jangan pernah kau lunturkan semangat ini, walau untuk sekejap.

Ummatku, nantikanlah kepulanganku..

Monday, October 12, 2009

fünf

'Kerana sesungguhnya selepas setiap kesulitan itu ada kesenangan.
Selepas setiap kesulitan itu ada kesenangan'.

Semalam rasa agak tertekan. Sebab ada banyak kerja sekolah yang perlu diuruskan dalam kadar segera. Tapi terasa seperti tiada kemampuan. But Allah was with me at all times. And alhamdulillah, he helped me through it all.

Oh Allah, thank you for being there for me, in times of hardship and in times of happiness.

Bilamana kita letakkan sepenuh kebergantungan kepadaNya, subhanallah.. dapat merasakan betapa tugasan yang amat berat pun bisa merasa ringan dalam sekelip mata. Dan aku meneruskan hariku dengan rasa bahagia. Alhamdulillah.

Hari ni, satu waktu tadi tetiba rasa marah dekat cikgu. Sebab rasa cikgu ni tak menjawab soalan yang diajukan dalam buku latihan. Time tu cuba rationalkan diri untuk bersabar and jangan rasa marah lebih-lebih. Mampula rasa marah sikit je, but I could have gone through it without rasa marah sekalipun sepatutnya. Cuma time tu tak dapat nak rationalkan diri. Dah lepas habis kelas baru teringat pesan nabi, untuk sentiasa menghormati guru kita sekalipun dia bukan beragama islam. Kerana sesungguhnya dia lah yang menyampaikan ilmu kepada kita. Camana ntah boleh tak terfikir perkara ni time dalam kelas. Anyway..may I remember this always.

Kerna rasa marah kepada guruku hari ni, ighfirli YaAllah..

Dipesan agar aku memperbaiki diriku selagi aku masih ada masa dan kesempatan ini. Dan jangan bertangguh dalam nak memperbaiki diri, kerna belum tentu masa hadapan itu menjanjikan kita ruang untuk perbaiki diri. Malah kalau sekarang pun kita sudah lagging, di masa hadapan itu, apatah lagi.
Respondku: Baiklah~. Demi ummat ini, aku aku perbaiki diriku! Akan aku mantapkan diriku dalam semua aspek, insya-Allah!

Saturday, October 10, 2009

vier

Macam-macam terjadi hari ini..Ada yang membuatku tersentak. Ada yang membuatku termenung. Ada yang membuatku kagum. Kagum dengan Dia, pemilik jiwa ini.

Harapanku untuk beruzlah lagi bersama tuhanku hari ni tidak kesampaian. Asal pasang nasyid je dalam van, terus tidur. Bila time tak tidur..mostly fikir benda lain. Fikir apa ntah, tak ingat. tak fikir benda lain, dan kurang berbicara one-to-one with Allah. Ternyata, segalanya terjadi dengan izin Allah. Andai Allah izinkan, pasti aku dapat uzlah itu. Tapi andai Allah tak izinkan, tiada apa yang mampu buat ia terjadi. Mungkin kerna keinginan ku tidak cukup kuat pada kali ini? Mungkin kerna keikhlasanku tercalar dek niat-niat yang lain? Mungkin kerna aku sedang dalam kebahagiaan, hinggakan aku kurang merasai kebergantungan mutlak kepadaNya?
Na'uzubillah..

Tapi Alhamdulillah, banyak perkara lain yang aku kutip along the way. Aku yang sudah mula melatih kembali diriku untuk sentiasa ingat Allah dalam setiap apa yang aku lakukan. Moga ia berkekalan, ameen.



Hari ini, aku diizinkan Allah untuk turun 61m kedalam perut bumi untuk melihat batuan. Lebih specifik, aku diizinkan melihat lombong emas. Subhanallah.. betapa hebat ciptaanNya. Betapa setiap segala sesuatu berada didalam pengtahuanNya, biarpun perkara itu jauh didalam perut bumi. Masya-Allah.


Berada di situ buat aku terfikir..beginilah agaknya terowong-terowong di Palestine ye? Pastinya terowong di Palestine lebih sempit! gelap! tiada pengudaraan! hurm..

Bila pulang, internet buat hal. Tak pasal-pasal rasa bengang dengan internet. Terlupa sebentar unuk bersabar. Bila dah ingat perlu bersabar, terfikir alternatif, why not pakai internet 3?
So pergi selongkar beg nak cari modem 3. Dan subhanallah, Allah temukan juga aku dengan charger handphone ku yang selama ni aku sangkakan sudah hilang. Yang selama ini telah banyak kali aku cari dalam beg tak jumpa-jumpa. Subhanallah! Alhamdulillah! Allahuakbar!
Terasa amat bersyukur..
dan amat menyesal kerna tidak bersabar dari awal. Bukankah telah Allah katakan bahawa pada setiap yang ditentukanNya itu ada hikmahnya?

(Do you get it? Allah nak temukan aku kembali dengan charger fon ku. untuk itu Allah bagi internet ni tak betul. SO that bila internet Telekom tak betul, Allah boleh ilhamkan untuk ku cari modem 3. Dan dalam proses mencari mode 3, Allah akan temukan aku pada charger itu..get it? Tapi aku, bila internet tak betul, terus mengeluh! Sungguh, manusia itu bersifat keluh kesah!!)

Pastu kembali kepada internet, tetiba window mozilla buat hal. Tetiba java script pun taknak run. Pastu terasa bengang lagi. Sekali lagi aku terlupa untuk bersyukur dan bersabar. Alangkah teruknya diriku ini! Begitu mudah sekali lupa, walhal baru sebentar tadi Allah tunjukkan kekuasaanNya dan membuktikan bahawa disebalik setiap kejadian itu ada hikmahnya! Sekalipun tak mungkin kita mampu untuk memahami hikmah itu there and then!.

Ighfirly Ya Allah.. Ighfirly Ya Allah.. Ighfirly Ya Allah..

Mendapat berita yang agak menyedihkan juga mengenai sepupuku. Moga Allah menyelamatkannya. Moga Allah menyelamatkannya. Moga Allah menyelamatkannya.
Moga Allah bagi kekuatan kepada familinya. Ameen..

Hari ni juga, telah ke arah sesuatu yang pasti membawa perubahan besar dalam diriku. Tapi aku telah nekad. Dan ini usaha dari pihakku. Kini, aku serahkan segalanya kepada Allah. Moga Dia kurniakan yang terbaik buatku. Ameen.

Friday, October 9, 2009

drei

Satu waktu tadi, tiba-tiba hati terasa sangat lembut. Lembut yang membuatkan saya mahu melakukan pelbagai kebaikan. Dan aku berbisik..Ya Allah, izinkanlah hatiku selembut ini selalu..izinkanlah..

Berbuat baik pada seseorang sudah cukup untuk menggembirakan seseorang itu. Kepada awak yang telah menggembirakan saya hari ini, terima kasih.

Akhir-akhir ini, aku mudah memanggil seseorang itu 'sayang'. Atau mengatakan kepadanya bahawa aku menyayanginya. Satu perkataan yang sebenarnya amat susah untuk aku ucapkan sebelum ni. Mungkin kerana segan. Mungkin juga kerana aku tak suka mengucapkan perkataan yang tidak aku maksudkan. Tapi akhir-akhir ni, agak ramai yang sudah aku memanggilnya dengan panggilan sayang. Wahai kamu yang aku panggil sayang, ketahuilah aku benar-benar menyayangimu.

Perkara yang aku katakan aku perlu mujahadahkan semalam, telah aku mujahadahkan pada hari ini. Tak susah pun rupanya. Malah tak ambil masa yang lama pun. Cuma kalau malas tu menguasai..ya rabbi..

Syaitan tu, amat-amat licik kan? Andai kita lalai, dengan terangnya dia menghasut kita. Dan dek kerna kita lalai, kita akan mudah masuk perangkapnya. Tapi andai kita aware dengannya, dengan begitu halusnya dia cuba kacau kita. Dalam kita tak sedar, dia membuat kita terpesong.. dan andai kita terus layan, kita akan mudah tertipu. Kalau benda tu perkara yang ternyata salah, alhamdulillah! Dengan izin Allah, kita mampu membezakan. Tapi andai perkara tu syubhah, kita sendiri jadi ragu-ragu. eh, betul ke apa aku buat tadi? kE aku dah masuk perangkap syaitan? astaghfirullah..

oh syaitan! sungguh licik kamu ya!! Jagala kamu,,aku takkan masuk perangkapmu lagi.

Oh tuhan, lindungilah aku dari musuhMu itu..ameen

Wednesday, October 7, 2009

zwei

Currently experiencing belajar sampai nak muntah! Literally!...


Hati hari ini..alhamdulillah, tenang. Tanpa gangguan jahiliah lama.. plus, syaitan tidak berjaya menapaki jahiliah baru dalam hati. Moga ia sentiasa begini. (But I know it won't!..oh well, Let's enjoy it while it last!)


*Tapi ada satu perkara yang perlu aku mujahadahkan! Wahai diri, lawan la rasa malas itu!!*

Mutabaah amal sudah sekian lama dibiarkan kosong tak berisi. Haip..jangan malas2! Graf keimanan perlu diperhatikan sentiasa!

Sekarang tengah busy dengan assignment. Minggu depan, dalam masa 2 hari, ada 2 lab exam, 1 debate dan 1 poster presentation. Maka minggu ni banyak kena baca journal dan banyak kena buat group discussion. Dalam kesibukan diri dengan urusan duniawi, tadi tiba-tiba terfikir..kalau aku tiba-tiba mati, apa jadi dengan aku ya? Apa bekalan-bekalan terakhir aku untuk dibawa bersama ke dalam kubur?

Tetiba rasa sayu... sudah lama aku lupakan hakikat yang aku bakal mati rupanya. Kuburku...sentiasa bersedia menerima aku. Aku?..

Pastu pulak, hari ni je, ntah berapa banyak bencana jadi. Dengan dua gempa bumi pagi tadi, plus ribut taufan kat jepun, tsunami lagi, tanah runtuh lagi...masyaAllah..subhanallah..

Sedang ummatku di tempat lain menderita dengan bencana yang menimpa, aku? Hanya disibukkan dengan urusan2 universiti?
Terasa amat selfishnya diri.. terasa amat tak amik peduli pasal ummat.
Ummatku, maafkan aku atas keterlewatan serta kelalaian ku..
Moga apa yang aku usahakan sekarang adalah sebahagian usaha untuk aku menyelamatkan kalian kelak..


nasyid for the day: Kembali by Tashiru

Harapan dari setiap insan kesenangan serta ketenangan
mengarungi hidup ini tanpa ada cubaan
sayang harapan itu tak pasti karna cobaan akan terjadi
tuk menguji sabar diri dan ketaqwaan
akankah kita tetap tegar menjalaninya dengan keikhlasan
ataukah terjerumus ke dalam keputusasaan

Katakanlah kali ini adalah miliknya Allah
yang akan kembali kepadanya kapan dan dimana saja
dan berdoalah mohon ampunan dari semua kesalahan
agar mendapat keredhoan dan pertolongan

sayang harapan itu tak pasti karna cubaan akan terjadi
tuk menguji sabar diri dan ketaqwaan
akankah kita tetap tegar menjalaninya dengan keikhlasan
ataukah terjerumus kedalam keputusasaan

katakanlah kali ini adalah miliknya Allah
yang akan kembali kepadanya kapan dan dimana saja
dan berdoalah mohonampunan dari semua kesalahan
agar mendapat keredhaan dan pertolongan Dalam Ujian




eins

dan aku buka lagi satu blog

kali ni yang lebih peribadi

kerana ada perkara yang mahu aku luahkan pada semua tanpa perlu aku bersuara

moga ia memberi manfaat kepada sesiapa jua yang membaca

........(dan entri pertama pun bermula)..............

setelah sekian lama berusaha, akhirnya aku dapat betul-betul lepaskan jahiliah itu. walaupun ia memerlukan aku untuk menelan satu hakikat yang agak pahit, namun andai ini sahajalah cara yang ada untuk aku tinggalkan jahiliah itu, maka aku redha. walaubagaimanapun, hari ni baru hari ke 18 daripada 40 hari.

ya, baru 18 hari aku dalam usaha (yang sebenar-benar usaha) untuk tinggalkan jahiliah itu. Dan ya, kiraan pada status ym ku sejak kebelakangan ini adalah kiraan untuk meninggalkan jahiliah. Kerana dalam buku bahtera penyelamat, bahagian ciri-ciri orang mukmin, ada dikatakan..jika anda ingin meninggalkan jahiliah, lakukan ia selama 40 hari. Moga-moga pada hari ke40 nanti, aku benar-benar sudah meninggalkannya, dan takkan sekali-kali berpatah balik. biiznillah..

selepas menerima hakikat pahit yang ku katakan tadi, maka aku benar-benar telah redha dan pasrah dengan ketentuan Allah. apatah lagi ia membantu aku menjauhi jahiliah ku. Namun, tidak sempat lama pun dari insident itu, syaitan sudah mula ingin menapakkan jahiliah baru dalam hatiku.

Tidak!! aku tak mahu!!.. hati ini dahla sangat fragile. andai dilayan bisikan yang baru ini, pasti ia akan terus terkulai layu.. Tidak! aku tak sanggup untuk bermain dengan api lagi. Kerana kelak hatiku sendiri yang akan terbakar.

Tidak! kerana aku ingin belajar erti tawakal yang sebenar-benar tawakal. dan aku mahu, seperti yang sepatutnya, serahkan urusan ini semata-mata kepada Allah, kerana Dia lebih tahu apa yang terbaik buat aku.

Seandainya aku layan, hati ini akan semakin jauh dari pemiliknya. Walhal, siapalah aku didunia ini tanpaNya??

Aku berlindung kepada Allah dari syaitan yang direjam.
Aku berlindung kepada Allah dari syaitan yang direjam.
Aku berlindung kepada Allah dari syaitan yang direjam.

Aku perlu kuat. kerna ummat ini memerlukan aku. andai aku sendiri leka, maka siapa lagi yang akan pedulikan nasib ummatku ini? kau mahu ke?