Friday, October 9, 2009

drei

Satu waktu tadi, tiba-tiba hati terasa sangat lembut. Lembut yang membuatkan saya mahu melakukan pelbagai kebaikan. Dan aku berbisik..Ya Allah, izinkanlah hatiku selembut ini selalu..izinkanlah..

Berbuat baik pada seseorang sudah cukup untuk menggembirakan seseorang itu. Kepada awak yang telah menggembirakan saya hari ini, terima kasih.

Akhir-akhir ini, aku mudah memanggil seseorang itu 'sayang'. Atau mengatakan kepadanya bahawa aku menyayanginya. Satu perkataan yang sebenarnya amat susah untuk aku ucapkan sebelum ni. Mungkin kerana segan. Mungkin juga kerana aku tak suka mengucapkan perkataan yang tidak aku maksudkan. Tapi akhir-akhir ni, agak ramai yang sudah aku memanggilnya dengan panggilan sayang. Wahai kamu yang aku panggil sayang, ketahuilah aku benar-benar menyayangimu.

Perkara yang aku katakan aku perlu mujahadahkan semalam, telah aku mujahadahkan pada hari ini. Tak susah pun rupanya. Malah tak ambil masa yang lama pun. Cuma kalau malas tu menguasai..ya rabbi..

Syaitan tu, amat-amat licik kan? Andai kita lalai, dengan terangnya dia menghasut kita. Dan dek kerna kita lalai, kita akan mudah masuk perangkapnya. Tapi andai kita aware dengannya, dengan begitu halusnya dia cuba kacau kita. Dalam kita tak sedar, dia membuat kita terpesong.. dan andai kita terus layan, kita akan mudah tertipu. Kalau benda tu perkara yang ternyata salah, alhamdulillah! Dengan izin Allah, kita mampu membezakan. Tapi andai perkara tu syubhah, kita sendiri jadi ragu-ragu. eh, betul ke apa aku buat tadi? kE aku dah masuk perangkap syaitan? astaghfirullah..

oh syaitan! sungguh licik kamu ya!! Jagala kamu,,aku takkan masuk perangkapmu lagi.

Oh tuhan, lindungilah aku dari musuhMu itu..ameen

0 comments:

Post a Comment