Friday, November 13, 2009

siebzehn

i guess the time has come.. for me to start thinking about some stuffs seriously.


sambil menunggu pintu dewan exam dibuka tadi, di balcony tingkat 3 Newhavens Room, aku membisikkan pertolongan kepada Allah. Aku memohon, agar selepas tamatnya urusan akdemik aku ini, moga Allah thabatkan aku atas jalan ini. Aku memohon Allah pegang aku sekuat-kuatnya, agar aku takkan mampu lari ke lorong jahiliah. Aku memohon, agar Allah kuatkan aku untuk berlawan dengan godaan syaitan dan nafsu durjana. Aku memohon agar Allah jauhkan aku dari dosa-dosa, yang menyebabkan aku tertinggal jauh ke belakang..sedangkan andai aku jauh dari dosa2 itu, pasti aku bisa melonjakkan diri lebih jauh ke depan.

aku memohon dengan sangat...moga masaku kini, aku gunakan sebaiknya. Kerna andai ia terbuang, aku juga yang rugi. Dan seandainya aku menggunakan ia sebaiknya, aku pasti akan menjadi individu yang sangat hebat, di mata Allah dan masyarakat. Insya-Allah!

dan setelah habisnya exam terakhir sebagai undergraduate (insya-Allah), secara automatiknya, aku mula memikirkan masa depanku dengan lebih serious. Bagaimana agaknya nasibku di Malaysia kelak? Bagaimana dengan tarbiyyah aku? Bagaimana dengan amal dakwah aku? Bagaimana juga dengan kerjaya aku? Di ceruk manakah telah Allah tetapkan sumber rezki ku?
Waa....bisa pening memikirkan semua ini!

Terasa, alangkah bestnya andai tahu ketetapan Allah atas diriku, agar aku lebih tahu arah tuju aku lepas ni. But I guess, if that's the case..maka hilanglah nikmat hidup di dunia ini. Hilanglah nikmat berusaha sehabis baik untuk mencapai sesuatu. Hilanglah nikmat mujahadah.. humm..

Moga aku makin teguh atas jalan ini. Moga aku lebih matang dalam hidup ini.

Waaa..sudah terasa cabaran hidup orang dewasa!!! = (

Wednesday, November 4, 2009

sechzehn

Alhamdulillah... semakin mendaki menuju puncak. I've found myself yang pergi merayau ntah kemana hari tu.

Allah sentiasa ada bersama, membawa ku pulang ke pangkal jalan. Alhamdulillah.

Tempoh hari, telah tamat tempoh mujahadah 40 hari meninggalkan sau jahiliyah ni yang sudah lama menghantui diriku. Alhamdulillah..amat tenang sekarang.

Dalam tempoh hari-hari terakhir, aku sudah mula memikirkan apa jahiliah seterusnya yang ingin aku mujahadahkan. Bukan sebab tiada jahiliyah dah untuk ditinggalkan. Tapi terlalu banyak, hinggakan tidak tahu mana yang patut diutamakan.

Tapi, bila berakhirnya 40 hari yang pertama, aku bernekad, ada 2 perkara yang amat-amat perlu untuk aku mujahadahkan. Dan neither one boleh ditunda ke-sayonara-jahiliyah-an nya. Maka aku sekalikan dua perkara ini dalam kiraan 40 hari aku yang kini. Semoga Allah kurniakan kekuatan kepadaku. Kerna tekad ini wujud atas dasar yakinnya aku pada kalamNya, dan untuk buktikan cintaku kepada Rasulullah.

Ingatkan aku pernah berkata pada post sebelum ini bahawa aku rasa bersalah mengatakan cinta kepada Rasulullah sedangkan perbuatan tidak membuktikan sebegitu?

Maka kini, aku mahu membuktikannya.

Kamu, kamu sedang mujahadah tak? Ayuh, naiki bahtera mujahadah ini bersamaku. Mari kita meraih cintaNya!