Wednesday, November 4, 2009

sechzehn

Alhamdulillah... semakin mendaki menuju puncak. I've found myself yang pergi merayau ntah kemana hari tu.

Allah sentiasa ada bersama, membawa ku pulang ke pangkal jalan. Alhamdulillah.

Tempoh hari, telah tamat tempoh mujahadah 40 hari meninggalkan sau jahiliyah ni yang sudah lama menghantui diriku. Alhamdulillah..amat tenang sekarang.

Dalam tempoh hari-hari terakhir, aku sudah mula memikirkan apa jahiliah seterusnya yang ingin aku mujahadahkan. Bukan sebab tiada jahiliyah dah untuk ditinggalkan. Tapi terlalu banyak, hinggakan tidak tahu mana yang patut diutamakan.

Tapi, bila berakhirnya 40 hari yang pertama, aku bernekad, ada 2 perkara yang amat-amat perlu untuk aku mujahadahkan. Dan neither one boleh ditunda ke-sayonara-jahiliyah-an nya. Maka aku sekalikan dua perkara ini dalam kiraan 40 hari aku yang kini. Semoga Allah kurniakan kekuatan kepadaku. Kerna tekad ini wujud atas dasar yakinnya aku pada kalamNya, dan untuk buktikan cintaku kepada Rasulullah.

Ingatkan aku pernah berkata pada post sebelum ini bahawa aku rasa bersalah mengatakan cinta kepada Rasulullah sedangkan perbuatan tidak membuktikan sebegitu?

Maka kini, aku mahu membuktikannya.

Kamu, kamu sedang mujahadah tak? Ayuh, naiki bahtera mujahadah ini bersamaku. Mari kita meraih cintaNya!

0 comments:

Post a Comment