Wednesday, October 7, 2009

eins

dan aku buka lagi satu blog

kali ni yang lebih peribadi

kerana ada perkara yang mahu aku luahkan pada semua tanpa perlu aku bersuara

moga ia memberi manfaat kepada sesiapa jua yang membaca

........(dan entri pertama pun bermula)..............

setelah sekian lama berusaha, akhirnya aku dapat betul-betul lepaskan jahiliah itu. walaupun ia memerlukan aku untuk menelan satu hakikat yang agak pahit, namun andai ini sahajalah cara yang ada untuk aku tinggalkan jahiliah itu, maka aku redha. walaubagaimanapun, hari ni baru hari ke 18 daripada 40 hari.

ya, baru 18 hari aku dalam usaha (yang sebenar-benar usaha) untuk tinggalkan jahiliah itu. Dan ya, kiraan pada status ym ku sejak kebelakangan ini adalah kiraan untuk meninggalkan jahiliah. Kerana dalam buku bahtera penyelamat, bahagian ciri-ciri orang mukmin, ada dikatakan..jika anda ingin meninggalkan jahiliah, lakukan ia selama 40 hari. Moga-moga pada hari ke40 nanti, aku benar-benar sudah meninggalkannya, dan takkan sekali-kali berpatah balik. biiznillah..

selepas menerima hakikat pahit yang ku katakan tadi, maka aku benar-benar telah redha dan pasrah dengan ketentuan Allah. apatah lagi ia membantu aku menjauhi jahiliah ku. Namun, tidak sempat lama pun dari insident itu, syaitan sudah mula ingin menapakkan jahiliah baru dalam hatiku.

Tidak!! aku tak mahu!!.. hati ini dahla sangat fragile. andai dilayan bisikan yang baru ini, pasti ia akan terus terkulai layu.. Tidak! aku tak sanggup untuk bermain dengan api lagi. Kerana kelak hatiku sendiri yang akan terbakar.

Tidak! kerana aku ingin belajar erti tawakal yang sebenar-benar tawakal. dan aku mahu, seperti yang sepatutnya, serahkan urusan ini semata-mata kepada Allah, kerana Dia lebih tahu apa yang terbaik buat aku.

Seandainya aku layan, hati ini akan semakin jauh dari pemiliknya. Walhal, siapalah aku didunia ini tanpaNya??

Aku berlindung kepada Allah dari syaitan yang direjam.
Aku berlindung kepada Allah dari syaitan yang direjam.
Aku berlindung kepada Allah dari syaitan yang direjam.

Aku perlu kuat. kerna ummat ini memerlukan aku. andai aku sendiri leka, maka siapa lagi yang akan pedulikan nasib ummatku ini? kau mahu ke?

0 comments:

Post a Comment