Friday, October 23, 2009

dreizehn

Bahaya juga ye bila terasa seperti tak diganggu syaitan.. dalam tak sedar sebenarnya banyak je gangguan syaitan.

Terbaca hari ni dalam sebuah buku, kisah seorang sahabat ke tabi'in ntah.. Time tu dia dah nazak. tiba2 dia duk kata, 'belum lagi..belum lagi'.. Bila orang bertanya kenapa dia berkata sebegitu, katanya syaitan sedang mengatakan kepadanya: bagus nya kau, tak pernah berjaya diganggu oleh syaitan selama kau hidup. Dan hamba Allah ni berkata belum lagi..belum lagi.. sebab selagi mana dia belum mati, maka dia belum tentu terselamat daripada bisikan syaitan. Malah, bisikan itu sendiri adalah dari syaitan yang mahukannya bangga dengan amalan diri sendiri.

Nah, betapa mantapnya keimanan orang ini, sehingga ke saat-saat akhir pun, dia amat berwaspada dengan segala gangguan syaitan.
Aku?

Terlupa pula akan hakikat bahawa syaitan manakah pernah biarkan kita bahagia dalam redha illahi. Ku sangkakan dia sedang berehat sebentar. Duh!!

Akhir-akhir ni, sering kekenyangan. Alhamdulillah, Allah kurniakan rezeki. Tapi, semoga kekenyangan ini tak melalaikan aku. Salah satu pintu masuk syaitan adalah dari perut yang kenyang. Ighfirly ya Allah..~

Aku tak nak meminta kesusahan. Tapi, aku mahu rasa dekat kepada Allah.
Aku mahukan kebahagiaan dan kesenangan hati. Tapi aku manusia biasa. Yang akan menjadi lalai dengan kebahagiaan. How?

Kena terus mendidik diri..

Terkadang rasa malu dengan Allah.. memohon kepada Allah, tapi perbuatan tak seiring dengan permintaan. Aku katakan aku sayang kepada Rasulullah. Tapi aku tidak melakukan antara perkara-perkara utama yang baginda pesan khas supaya kita perhatikan.
Ala.... camana ni?

Bukan aku taknak... tapi macam tiada kemampuan.. Hati ni. besarnya pengaruh dia dalam menentukan tindak tanduk aku. Teruk sangat ke??
Dikatakan bila kita buat kemungkaran, syaitan sedang mengalir dalam pembuluh darah kita.
Allah, aku berlindung kepadaMu dari syaitan yang direjam.

Aku tahu itu yang Kau suruh. Aku tahu.. aku mengaku aku tahu..
tapi aku tidak berdaya Ya Allah.. melainkan Kau kurniakan kekuatan itu kepadaku.
Kenapa tawar benar hatiku ini Ya Allah??
Saksikanlah, bahawa ya, aku rasa bersalah di atas perbuatan ku ini. Tapi...

alaa....

=(

Allah...fahamkan aku, serta izinkan ku untuk mengamalkannya.

Susah la!!!!!!!!!

2 comments:

cik santun said...

kisah atas tu, kisah imam al-ghazali.. ketika dia sakit, anak murid mengajarkan 'laa ilaa ha illAllah", dia cakap, "laa.. laa". "laa", yg dimaksudkan bukan kerana kalimah allah itu, itu adalah kerana syaitan dtg untuk tarik die kluar dari iman.. kerana syaitan sangat suka waktu manusia nazak, diheret dlm kesesatan.. moga kita juga mati dlm keadaan beriman..

teruskan ya! smoga tabah..

::ANisAh:: said...

"Terkadang rasa malu dengan Allah.. memohon kepada Allah, tapi perbuatan tak seiring dengan permintaan. Aku katakan aku sayang kepada Rasulullah. Tapi aku tidak melakukan antara perkara-perkara utama yang baginda pesan khas supaya kita perhatikan."

agreed!! kita pun sama..huhu..

Post a Comment