Tuesday, October 13, 2009

sechs

It was the way he approached it.

Kerna dia kata, it's about tanggungjawab kita kepada Allah yang belum tertunai. Dan ia perlu ditunaikan sebelum kita mati.

Dan tanggungjawab itu adalah untuk menegakkan islam di muka bumi. Untuk menghalang kemaksiatan bermaharajalela. Untuk menyeru manusia ke arah kebaikan. Dan selagi mana tugasan ini belum selesai, selagi itu kita perlu terus berjuang.

Dan atas sebab ini, atas sebab tanggungjawab aku kepada ummatku, atas sebab tanggungjawabku ke atas bangsaku..aku perlu tetap teguh dalam dakwah. Aku perlu tetap teguh dalam pentarbiyyahan diri.

Kerna dia kata, if you want something, go for it! If you really want islam, prove it! Prove it to Allah, and He will give it to you.

Dan ini yang ingin ku hadam. Bahawa sesungguhnya aku punya tugasan penting yang perlu diselesaikan sebelum aku mati. Iaitu untuk membawa ummatku ke arah kebaikan. Dan tiadalah kebaikan itu melainkan dengan islam. Andai aku..walau aku seorang pun..futur, maka it will disturb the whole system. It will disturb the whole 7 steps towards ustaziatul alam. It will disturb the whole system of mereka yang masih ingin menyalakan obor kebenaran dalam umat ini.

Allah telah menghantar aku ke Australia untuk mendapatkan bekalan secukupnya, agar aku dapat kembali dan selamatkan bangsaku! Seandainya kepulanganku tiada kesan walau secebis kepada bangsaku kelak, maka alangkah ruginya 3 tahun aku berada di sini.

Aku perlu faham perkara ini. Aku perlu hadam perkara ini. Aku perlu ingat perkara ini selalu. Umatku memerlukanku! Mereka sedang menderita! Mereka sedang sengsara! Mereka sedang memanggil-manggil aku untuk menyelamatkan mereka..

Akan aku kembali, wahai ummatku. Akan aku kembali untuk menyelamatkan kalian. Dan ini janjiku.

Tuhan, kekalkan aku di jalan ini. Izinkan aku untuk merubah masyarakatku ke arah kebaikan.

Tuhan, ingatkan aku selalu akan janjiku ini. Dan jangan pernah kau lunturkan semangat ini, walau untuk sekejap.

Ummatku, nantikanlah kepulanganku..

1 comments:

Zawani said...

salam hanan, semangatnya rasa.. saya baru sampai disini hampir setahun, insyAllah saya akan jadi peneman anda di sana 2 tahun akan datang. berikan saya masa utk mengutip sebanyak2 bekalan di sini agar kuat berjuang bersama2 anda nanti. Allah, berikanlah kekuatan itu..

Post a Comment